Ibu kepada Syamsul Yusof, Datin Patimah memuat naik satu hantaran terbaru yang mengundang perhatian. Apa pula kali ini?
Menurut laporan Oh Bulan, Patimah dilihat berkongsi satu foto yang menunjukkan seluruh ahli keluarganya ketika menyambut perayaan pada beberapa tahun lepas.
Kalau korang tengok Instagram Story itu, Patimah juga menulis kapsyen yang mereka satu keluarga akan berkumpul semula dengan izin Allah.

Insya-Allah kami akan berkumpul semula.
Walaupun tidak menceritakan dengan lebih terperinci, tapi ramai yang dah terbayang bahawa mereka satu keluarga akan berjumpa dengan anaknya, Syamsul Yusof tak lama lagi.
Kalau betul, Alhamdulillah. Semoga dipermudahkan segala urusan buat keluarga itu.





