Pelakon dan penyanyi Nur Fazura mengakui hubungannya dengan aktor Que Haidar dalam fasa sasling mengenali hati budi masing-masing.
Memetik Harian Metro, Fazura berkata status hubungan mereka dalam fasa sahabat baik dimana rakan lama yang bertemu kembali.
BACA: “Satu Lori Penuh Beras’ – Individu Dedah Fazura Rajin Bersedekah Secara Senyap
“Sebenarnya saya dan Que dalam fasa sahabat lama yang sedang mengenali hati budi masing-masing.
“Kami pun dah lama tak jumpa, dulu memang langsung putus dari berhubung kerana punya pasangan masing-masing cuma sekarang kami kembali lebih dekat. Kita kenali dulu hati budi masing-masing.
“Kami pun dah ada banyak pengalaman masa lalu. Jadi tak ada apa yang nak digopohkan. Seperti yang diperkatakan Que sebelum ini, tak ada ada apa nak diberat-beratkan, kita ringan-ringankan sahaja,” katanya.
Sementara itu, Fazura berkata tiada siapa tahu apa akan terjadi di masa hadapan dan dia hanya berdoa bertemu jodoh yang diredhai.
“Masa depan kita tidak pasti. Hari ini tidak tahu, sejam lagi tidak tahu, dua jam lagi pun saya tidak tahu. Saya tidak mahu bercakap lebih-lebih kerana saya seorang wanita.
“Lagipun saya tidak mahu mendabik dada atau sombong dengan Allah. Betul atau tidak, kita tidak tahu siapa jodoh kita. Saya cuma mendoakan jodoh yang diredhai Allah, maka itu lah yang terbaik buat saya” katanya.
Sumber: Harian Metro




