“Kami Juga Adalah Pendosa” – Kes Pakaikan Anak Baju Dewasa, Pempengaruh Padam Semua Video

“Kami Juga Adalah Pendosa” – Kes Pakaikan Anak Baju Dewasa, Pempengaruh Padam Semua Video

Trending

Selepas dikecam, pempengaruh akhirnya padam semua kandungan lama.


Selepas dikecam hebat gara-gara konten yang dianggap tidak sesuai untuk kanak-kanak, akhirnya pempengaruh dikenali sebagai Faris tampil membuat penjelasan dan permohonan maaf terbuka.

BACA: Pempengaruh Dikecam Panggil Anak ‘Mini-Wife’, Pakaikan Kasut Tumit Tinggi Dan Baju Dewasa

Menerusi kenyataan yang dimuat naik, Faris memaklumkan bahawa mereka sepakat untuk memadam atau menetapkan kepada mode privasi semua kandungan selepas menyiapkan komitmen kerja yang telah ditandatangani.

Hargai teguran dan akui kesilapan

Rania Farisya

Faris mengambil segala teguran dengan hati terbuka dan akan lebih berhati-hati dalam mencipta kandungan selepas ini.

Menurutnya lagi, anaknya Rania diakui mempunyai ramai pengikut dalam kalangan kanak-kanak dan tidak wajar memaparkan sesuatu yang boleh menjadi ikutan kurang sesuai.

Mohon maaf dan doakan istiqamah

Pempengaruh

Pada masa sama, Faris turut memohon maaf di atas segala kekhilafan mereka. Dia juga memaafkan sesiapa je yang menggunakan profil dia bersama anak untuk kepentingan peribadi.

Pssttt! Bagus bila seseorang sanggup akui kesilapan dan ambil teguran secara terbuka. Semoga pempengaruh ini benar-benar istiqamah untuk hasilkan kandungan yang lebih bermanfaat pada masa akan datang.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top