LONDON: Arne Slot mengakui Liverpool sudah terkeluar daripada perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan kini memberi tumpuan sepenuhnya kepada kelayakan Liga Juara-Juara.
Juara bertahan EPL itu berada di tangga keempat dan ketinggalan 14 mata di belakang pendahulu, Arsenal.
Liverpool kini tidak tewas dalam lapan aksi EPL namun Slot sedar ia memerlukan sesuatu yang luar biasa untuk pasukannya mempertahankan kejuaraan.
“Tidak pernah menyenangkan untuk mengatakan perebutan kejuaraan sudah berakhir kerana dalam bola sepak, apa sahaja boleh berlaku. Tetapi perkara terakhir yang patut kami bincangkan ketika ini ialah perebutan kejuaraan.
“Kami tahu kedudukan liga kami menjadikan usaha untuk bersaing dengan Arsenal bagi kejuaraan liga sangat sukar.
“Fokus utama kami sekarang adalah untuk menamatkan saingan di kelompok empat atau lima teratas bagi melayakkan diri ke Liga Juara-Juara. Selain itu, masih ada sasaran lain yang boleh kami kejar seperti Liga Juara-Juara dan Piala FA.
“Jika sesuatu berlaku yang tidak dijangka oleh sesiapa dan mungkin tidak pernah berlaku sebelum ini, kami akan pastikan kami bersedia.
“Tetapi saya tidak pergi ke Arsenal dengan memikirkan perebutan kejuaraan. Kami ke Arsenal dengan matlamat untuk memenangi satu perlawanan bola sepak menentang pasukan yang sangat kuat,” katanya. – AGENSI




