Ketua Pegawai Strategik Persatuan Cinta Syria Malaysia atau kini dikenali sebagai Cinta Salam Malaysia dan seorang sukarelawan yang aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan di Malaysia dan luar negara iaitu Musa Nuwayri meluahkan rasa syukur terhadap sokogan rakyat Malaysia.
Menerusi perkongsian di Threads, Musa menyeru agar seluruh rakyat di negara ini tidak berhenti bersuara demi saudara saudara kiat di Gaza.
Jelasnya, abangnya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM) iaitu Nadir Al-Nuri juga tidak berhenti mengingatkan para sukarelawan yang terlibat dam amisi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) agar sentiasa menjaga hati dan tidak pernah menganggap diri sebagai hero.
“Terima kasih kepada yang hadir. Juga kepada yang menonton secara live. Dan yang terus menerus menyokong. Ini semua untuk Gaza.
“Kami tak pernah anggap kami hero. Malah Tuan Nadir berulang kali sebut sebaik kami keluar dari kapal terbang, istighfar banyak-banyak. Jaga hati. Ini bukan pasal kita. Ini tentang mereka di Gaza,” katanya.

Sebelum ini, Musa dan Nadir sempat berkongsi momen mereka pertama kali bertemu selepas ditahan pihak penceroboh dalam misi memecahkan sekatan z**nis sambil menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza.
ARTIKEL BERKAITAN: Gurauan Nadir Al Nuri & Musa ‘Ubat’ Hati Rakyat Malaysia, Netizen Komen – “Adik Beradik Yang Hebat Dalam Misi Perjuangkan Gaza”
ARTIKEL BERKAITAN:Nadir Al Nuri Dedah Isr**l Sebar Video Propaganda, Dakwa Peserta GSF Pengganas… Kelibat The Helmi’s Curi Perhatian
ARTIKEL BERKAITAN:Kejam! Rambut Ditarik, Muka Ditumbuk… Ardell Aryana Alami Tekanan Darah Rendah Lepas Ditahan Isr**l




