Kanak-kanak 12 tahun maut terjatuh dari flat

Kanak-kanak 12 tahun maut terjatuh dari flat

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak 12 tahun maut selepas terjatuh dari flat tingkat 12 perumahan di Cheras dekat sini, petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah IbuPejabat Daerah Cheras, Supritendan Ridzuan Khalid berkata, mangsa ditemui dalam keadaan terlentang tidak sedar diri atas rumah di bawah blok bangunan tersebut.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) yang tiba di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah ditemui dalam insiden yang berlaku. Namun Siasatan lanjut akan diteruskan bagi mengetahui punca kematian si mati,” katanya dalam kenyataan di sini.

Oleh itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian ini diminta untuk menyalurkan sebarang maklumat dengan menghubungi Ketua Polis Balai Cheras Inspektor Toh Chee Haur di talian 03-92050301 samb 302. – MalaysiaGazette