Kanak- kanak OKU dikhuatiri lemas dalam sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Kulim: Seorang kanak-kanak perempuan orang kurang upaya (OKU) dipercayai lemas selepas terjatuh di Sungai Merbok, Kampung Bikan Atas, hari ini.

Mangsa, Irdina Aleesya Zamri,8, dipercayai terjatuh pada 6.15 petang dan kejadian itu disedari orang ramai yang kemudiannya melaporkan kepada pihak bomba.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 6.30 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi-Tech diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Saad Hassan tiba di lokasi pada 7.10 malam.

“Sebaik tiba di lokasi anggota kami menemui tuala dan selipar disyaki milik mangsa.

“Usaha mencari sedang giat dilakukan di permukaan air sepanjang tebing sungai lokasi mangsa dikatakan terjatuh,” katanya dalam satu kenyataan.

Operasi menyelamat itu turut melibatkan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Sungai Petani untuk memberi bantuan pencarian mangsa.

 

ZA137 Malay News