Kuala Lumpur: Umum sedia maklum kes positif Covid-19 di Malaysia sejak kebelakangan ini begitu membimbangkan.
Kenaikkan jumlah kes positif telah mencecah angka lebih daripada 3,000 kes dalam masa sehari.
Ketika ini, semua golongan tidak kira muda atau pun tua, masing-masing mempunyai risiko yang sama besar dijangkiti wabak berbahaya ini.
Menerusi perkongsian di sosial media TV AlHijrah yang diperoleh daripada Ira Hazwani, satu video kanak-kanak berjalan seorang diri dijemput petugas kesihatan menaiki ambulans untuk ditempatkan ke pusat kuarantin Covid-19 telah menarik perhatian warganet.
Pastinya situasi itu sangat menyebakkan kerana kanak-kanak perempuan terbabit sempat mendengar nasihat ibunya dan sempat berpesan supaya wanita itu turut sama menjaga diri sebelum dia melambai dan bergerak ke arah ambulans.
Bagaimanapun, sikap positifnya itu membuatkan warganet berasa terharu serta mendoakan agar kanak-kanak tersebut segera sembuh.
Mereka juga berharap agar dia terus kuat walaupun berada seorang diri di pusat kuarantin itu nanti.
Nur Safiyya Muhamad Ifwan, 5, terpaksa menaiki ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tanpa ditemani ahli keluarga yang lain.
Nur Safiyya kini dikuarantin bersama bapanya Muhamad Ifwan Mohd Rais, 33, yang turut disahkan positif.
Manakala ibunya, Ira Hazwani Mohd Zaini, 33 dan adiknya, Nur Azaleeya Muhamad Ifwan, 3, negatif daripada wabak tersebut.
Sumber: Ohmymedia
Malay News
Social Media Updates


