Kanak-kanak rentung dalam kebakaran tiga rumah

Kanak-kanak rentung dalam kebakaran tiga rumah

am@hmetro.com.my

Shah Alam: Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran tiga rumah di Jalan Nuri, Kampung Seri Cheeding, Banting, Kuala Langat awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 2.44 pagi.

Beliau berkata, sepasukan 17 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Panglima Garang, Banting dan KLIA dikejarkan ke lokasi.

“Menurut laporan awal, kejadian membabitkan tiga rumah dengan setiap unit terbakar 90 peratus.

“Maklumat awal yang diterima juga menyatakan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun terperangkap di dalam rumah,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahmad Mukhlis berkata, kerja-kerja pemadaman dan menyelamat mangsa kemudian dijalankan

Katanya, anggota bomba berjaya mengawal kebakaran pada jam 3.30 pagi.

“Kira-kira satu jam kemudian iaitu jam 4.15 pagi, kami menemukan mangsa di bilik utama dalam keadaan rentung,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top