Kanak-kanak usia empat tahun maut terjatuh dari tingkat 30

Kanak-kanak usia empat tahun maut terjatuh dari tingkat 30

hidayah.tanzizi@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat 30 sebuah pangsapuri di Jalan Jalil Impian 1 Bukit Jalil, di sini, hari ini.

Difahamkan, mangsa terjatuh dari balkoni kediaman bertingkat itu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, pihaknya menerima laporan kejadian daripada orang awam pada 11.17 pagi.

“Individu itu memaklumkan seorang kanak-kanak terjatuh dari bangunan di perumahan berkenaan,” katanya dalam kenyataan ringkas di sini, malam ini.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Proses bedah siasat akan dilakukan esok,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top