Kane bukan lagi sasaran utama Man United

Kane bukan lagi sasaran utama Man United

London: Manchester United dilaporkan bersedia untuk bersaing dengan Arsenal bagi mendapatkan Dusan Vlahovic jika gagal menyambar Harry Kane pada musim panas ini.

SunSport mendedahkan minggu lalu bahawa Erik ten Hag telah menjadikan bintang Tottenham itu sebagai sasaran perpindahan utama pada musim panas ini.

Kane, 29, mempunyai baki kontrak kurang daripada 18 bulan dan United berharap untuk mengambil kesempatan daripada situasi kontrak kapten England itu.

Tetapi The Sun melaporkan bahawa ia misi yang sukar kerana ketua Spurs, Daniel Levy terkenal dengan sikap sukar dibawa berunding.

Kini ESPN mendakwa situasi itu menyebabkan United memfokuskan kepada pilihan alternatif termasuk pemain Napoli Victor Osimhen dan penyerang Juventus, Vlahovic.

Sumber memberitahu: “United tidak boleh lagi tidak mempunyai penyerang baharu.

“Selepas berurusan dengan Levy pada masa lalu, mereka tidak mahu melalui mimpi ngeri itu sekali lagi, jadi mereka mungkin tidak mahu terbabit.”

Vlahovic, 22, menyertai Juventus dari Fiorentina pada Januari lalu selepas menolak peluang untuk berpindah ke Liga Perdana bersama Arsenal.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top