Kane pastikan Bayern raih tiga mata

Kane pastikan Bayern raih tiga mata

Munich:Harry Kane menjaringkan dua gol dan menyediakan satu lagi ketika Bayern Munich mengukuhkan kedudukan tiga mata di puncak Bundesliga Jerman dengan kemenangan 3-0 di laman sendiri ke atas Union Berlin.

Kapten England itu meletakkan Bayern di hadapan menerusi sepakan penalti pada minit ke-15 selepas Benedict Hollerbach dari Union menjatuhkan Michael Olise di tepi kotak penalti.

K ane menjadi penyumbang gol menjelang waktu rehat, menolak bola ke arah Kingsley Coman, di mana penyerang Perancis itu menyudahkan dengan rembatan padu melepasi penjaga gol Union, Frederik Ronnow.

Kane menambah gol kedua selepas 51 minit, dengan pantas mendapatkan bola terlepas di hadapan rakan sepasukannya, Jamal Musiala, untuk menyempurnakan brace-nya.

Walaupun mengalami dua kekalahan berturut-turut dalam Liga Juara-Juara di tangan Aston Villa dan Barcelona, Bayern kini telah menjaringkan 16 gol tanpa dibolosi dalam empat perlawanan terakhir menentang lawan dari Jerman.

“Kami tidak memulakan Liga Juara-Juara dengan baik, jadi tekanan ada dalam setiap perlawanan Liga Juara-Juara sekarang.

“Saya fikir jika berkeyakinan dalam beberapa perlawanan terakhir, kami boleh memberikan masalah kepada mana-mana pasukan.”

“Masih banyak yang perlu dilakukan, tetapi kami mempunyai mentaliti dan sikap yang betul,” kata Kane kepada Sky.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top