HARRY Kane membuktikan statusnya sebagai penyerang berbisa apabila meledak gol tunggal ketika membantu Bayern Munich menewaskan Cologne 1-0 di Berlin awal pagi Sabtu.
Jaringan terhasil pada babak pertama untuk Kane menghadiahkan Bayern kemenangan ke-10 musim ini sekali gus melonjakkan ke puncak carta Bundesliga.
βIa satu daripada gol paling mudah pernah saya hasilkan dalam karier,β ujar Kane.
Jaringan terhasil menerusi serangan balas pantas apabila Bayern berjaya memperdaya pemain Cologne dalam kotak penalti.