Kane terus pamer prestasi luar biasa

Kane terus pamer prestasi luar biasa

Munich: Harry Kane terus menunjukkan prestasi luar biasa dengan mencetak hatrik, termasuk dua gol pada masa kecederaan separuh masa kedua, untuk memberikan Bayern Munich kemenangan 3-0 ke atas Augsburg.

Kemenangan ini memperluaskan jurang di puncak liga kepada lapan mata, sambil memastikan rekod bersih keenam berturut-turut dalam semua pertandingan.

Bayern kini belum tumpas dalam Bundesliga, mengumpulkan 29 mata selepas lima perlawanan liga berturut-turut tanpa bolos.

Kedudukan mereka semakin kukuh menjelang perlawanan penting Liga Juara-Juara menentang Paris Saint Germain (PSG) Rabu depan.

RB Leipzig, yang berada di tempat kedua dengan 21 mata, akan beraksi menentang Hoffenheim hari ini.

“Kami berkata pada separuh masa bahawa kami hanya perlu terus mencipta peluang,” kata Kane, yang menjaringkan 14 gol liga musim ini.

“Syukurlah, kami mendapat penalti dan dari situ permainan terbuka.”

Kane kini mencatatkan 50 gol liga sejak menyertai Bayern tahun lalu, menjadikan dia pemain terpantas dalam sejarah Bundesliga untuk mencapai pencapaian itu dengan hanya memerlukan 43 perlawanan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top