Seorang penghantar makanan dan guru tadika ditahan selepas merempuh motosikal anggota polis yang sedang melakukan pemeriksaan.
Mereka berdua dikatakan sedang berdua-duaan dalam sebuah kereta MPV jenis Toyota Velfire dalam keadaan enjin dihidupkan di satu lorong yang gelap.
Menurut KPD Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari, suspek lelaki yang berada di bahagian belakang kenderaan membuat tindakan bahaya dengan terus bergerak ke tempat pemandu serta menekan minyak kereta.

Tindakan itu diambil suspek selepas anggota polis menyuluh ke dalam kereta sambil mengeluarkan kad kuasa.
Oleh yang demikian, suspek lelaki direman 7 hari bermula hari ini manakala suspek wanita direman hingga esok untuk disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan selepas kedua-duanya ditahan sekitar Batu Caves, Gombak dan Taman Melati, Setapak.
