Kantoi ‘check in’ hotel, wanita dakwa anak pasangan selebriti ‘penyondol’ rumah tangga

Kantoi ‘check in’ hotel, wanita dakwa anak pasangan selebriti ‘penyondol’ rumah tangga

Tiada angin, tiada ribut, nama anak kepada pasangan selebriti popular menjadi bualan hangata warganet apabila seorang wanita mendakwa remaja berusia 18 tahun itu ‘penyondol’  rumah tangganya.

Pendedahan itu dibuat menerusi bebenang di aplikasi X dan mendakwa anak gadis kepada dua selebriti popular yang kelihatan sopan dan membawa imej baik sebenarnya ‘penyondol’ yang telah memusnahkan kebahagiaan rumah tangganya sehingga berpisah.

Bertudung litup dan menghormati ibu bapa antara pujian yang sering diterimanya daripada warganet namun pendedahan ini membuatkan ramai terkelu.

Malah, wanita dikenali Misya turut mendedahkan bukti yang mendakwa suaminya dan anak pasangan selebriti itu telah ‘check in’ di sebuah hotel dan difahamkan ia bukanlah kali pertama berlaku.

Misya turut mendedahkan anak pasangan selebriti itu pernah meminta maaf dan  berjanji dan tidak akan menganggu mereka lagi, namun akhirnya ‘kantoi’ sekali lagi.

“Ini konon berjanji takkan ganggu lagi, tapi? Mungkir janji ya, depan keluarga kami. Marissa dania depan parents kau, keluarga kau. Tapi? Terkantoi lagi CHECK IN,”ciapnya.

Sementara itu, ibu kepada remaja berkenaan tampil bersuara dan mengatakan segalanya akan dijelaskan olehnya tidak lama lagi.

Sumber: X Misya

Scroll to Top