Kantoi Di Hotel! Suami Jadi ‘Admin’, Isteri Jadi ‘Pelakon’ Video Tak Senonoh | Oh! Tidak – Oh! Media

Kantoi Di Hotel! Suami Jadi ‘Admin’, Isteri Jadi ‘Pelakon’ Video Tak Senonoh | Oh! Tidak – Oh! Media

Oh! Tidak

Pasangan suami isteri ditahan selepas disyaki jual video lucah dan tawar perkhidmatan seks secara dalam talian.


Dah terdesak sangat agaknya! Pasangan suami isteri dicekup pihak berkuasa di sebuah hotel di Seksyen 27, Shah Alam, Selangor selepas disyaki terlibat dalam kegiatan pelacuran.

Lapor Sinar Harian, selain kegiatan pelacuran, pasangan yang sudah mempunyai empat anak itu juga dipercayai mempromosikan video lucah melalui media sosial.

Penangkapan dan rampasan barang bukti

Suami
Foto Sinar Harian

Dalam operasi Op E-Noda oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur itu, pihak polis merampas beberapa barangan bukti termasuk tiga telefon bimbit, dua kondom, tiub pelincir, tisu basah, tuala mandi, dan sekeping kad akses.

Pasangan ini dilaporkan telah aktif dalam kegiatan tersebut sejak Jun tahun lalu, dengan suami bertindak sebagai pencipta kandungan dan isteri memainkan peranan utama dalam penjualan video lucah.

Pemasaran video lucah melalui aplikasi X dan Telegram

Ohmedia video lucah
Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, suspek lelaki menggunakan aplikasi X untuk menjual video lucah kepada pelanggan dan berkomunikasi melalui aplikasi Telegram.

Bayaran yang dikenakan adalah RM50 untuk ‘Private Channel Limited Content’ dan RM150 untuk ‘Private Channel VVIP Unlimited Content’.

Langganan hubungan badan pula dikenakan antara RM450 hingga RM800 di sebuah hotel bertaraf empat bintang.

Raih lebih RM6,000 seminggu

Gari
Sekadar gambar hiasan

Wanita tersebut, yang dipercayai berperanan sebagai pelacur, turut membantu dalam melariskan penjualan video lucah dengan menjadi watak utama dalam setiap video.

Pasangan berusia 34 tahun ini dikatakan memperoleh pendapatan mencecah RM6,400 seminggu.

Pasangan tersebut telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan lanjut.

Mereka telah direman selama tiga hari sehingga Jumaat. Kes ini disiasat mengikut beberapa seksyen dalam Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pssttt! Tergamak betul bagi anak-anak makan hasil haram macam ni. Semoga pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yang lebih tegas untuk mencegah jenayah seperti ini.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top