Kantoi di ‘uptown’, penyanyi dakwa sengaja curang demi raih perhatian isteri

Kantoi di ‘uptown’, penyanyi dakwa sengaja curang demi raih perhatian isteri

Isu melibatkan bekas peserta Mentor, Azmirul Hafiz, yang didakwa ‘kantoi’ berlaku curang di sebuah bazar uptown, terus menjadi tumpuan selepas penyanyi itu tampil menjelaskan tindakannya.

Dakwa isteri 4 hari tak balik

Dalam hantaran Facebook yang tular, Azmirul mengakui perbuatannya dilakukan di hadapan orang ramai kerana mahu menarik perhatian isterinya yang didakwa semakin menjauh.

“Memang saya saja buat depan public. Cuma nak perhatian dari seorang isteri yang 4 hari tak balik.
“Sikit khabar dari dia pun tiada, tak tanya langsung suami dia ni…” katanya.

Sengaja dirancang tarik perhatian isteri

Lelaki itu menjelaskan bahawa tindakannya sengaja dirancang kerana merasakan hubungan rumah tangganya semakin renggang dan dia tidak lagi mendapat perhatian daripada pasangan.

Dalam pada itu, dia juga meminta orang ramai untuk membantunya menyelamatkan rumah tangga dan mengakui sudah tidak sanggup menghadapinya seorang diri.

“Saya plan semua ni sebab saya rasa isteri memang tiada hati pada saya, bila saya tanya masih sayang atau tidak.
“Saya cuba nak melupakan dia, tapi tak boleh.  sumpah saya cuba…”
Selain itu, Azmirul turut meluahkan tekanan menguruskan hal anak seorang diri sambil mempersiapkan Aidilfitri.
“Barang anak dah isteri saya dah selesaikan hari tu, tak tahu boleh jadi macam ni.
“Tolong semua, selamatkan rumah tangga kami. Saya tak sanggup hadap seorang diri…” tulisnya.

Artikel lain: Kantoi curang dengan isteri, bekas peserta program realiti nyanyian ditangkap bersama wanita lain

Terdahulu, tular di media sosial apabila isteri penyanyi tersebut memuat naik video menyergah suaminya bersama wanita lain di bazar berkenaan.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Sumber: Facebook Azmirul Hafiz

Scroll to Top