Seorang penyanyi lelaki terkenal yang pernah menyertai program realiti muzik didakwa mencuri sebuah kamera ketika menghadiri majlis perkahwinan baru-baru ini. Pulak dah!
Penyanyi lelaki sembunyikan kamera
Menerusi perkongsian di laman X (Twitter), seorang individu bernama Nureen Imaan mendakwa penyanyi berusia 25 tahun itu telah menyembunyikan kamera dalam poket seluarnya dan langsung tidak mengembalikannya.
Awak tahu tak saya ada CCTV? Saya nampak dari CCTV, awak letak kamera tu dalam poket tak keluar-keluar.
Bagaimanapun, penyanyi terbabit menafikan dakwaan itu dan mendakwa dia hanya meminjam kamera tersebut sebagai ‘prop’ untuk bergambar.
“Beraninya nak mencuri di majlis orang?” – Nureen Iman
Menurut Nureen, dia yakin penyanyi itu memang berniat untuk mencuri kerana ketika dia mencari kamera yang hilang, penyanyi tersebut tidak terus mengaku bahawa dia telah mengambilnya.
Semasa saya mencari kamera itu, saya pergi tanya semua orang termasuklah dia, tapi apa yang dia jawab adalah ‘Oh, I ada nampak tadi dekat atas meja, hilang ke?’ dan bukannya mengatakan kamera itu digunakan sebagai prop.
Individu tersebut juga mempersoalkan keberanian penyanyi berkenaan yang cuba mencuri di majlis perkahwinan yang dia sendiri dijemput untuk menyanyi.
#ApaKataOhmedia
Sebagai artis, nama baik adalah perkara paling berharga. Jangan sampai kesilapan kecil merosakkan reputasi sendiri. Semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan baik!





