Kita sememangnya tidak sedar bahawa ramai orang yang bahaya di sekeliling kita. Sebab itulah kita diminta untuk sentiasa berhati-hati walaupun dimana pun berada.
Walau bagaimanapun, tetap juga ada yang melakukan kejahatan di tempat-tempat awam seakan menyangka tiada sesiapa melihat perkara mungkar yang dilakukan.
Hal tersebut samalah seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @botakk.haa apabila memuat naik video seorang lelaki yang berjaya ditahan orang awam selepas dipercayai merakam video pengguna tandas lelaki di sebuah stesen minyak.
@botakk.haa kantoi buat kerja tak clear rakam orang dalam tandas dia ni gayboy #gayboykantoi #fyp #esekeli #foryoupage #lawakmalaysia #fypシ
@botakk.haa part 2#fypシ #lawakmalaysia #foryoupage #esekeli #fyp #gayboykantoi
Menerusi video-video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok itu, daapt dilihat lelaki berkenaan pada awalnya tidak memberi kerjasama ketika orang ramai mahu melihat rakaman yang dilakukan.
Akhirnya, rakaman yang dibuat di telefon bimbit itu berjaya dilihat orang awam walaupun lelaki berkenaan cuba untuk memadam gambar serta video di galeri telefon.
@botakk.haa part 3 #fypシ #lawakmalaysia #foryoupage #esekeli #fyp #gayboykantoi
Lelaki yang membuat rakaman di tandas awam itu juga dimaklumkan sudah dibawa ke balai polis berhampiran bagi membuat keterangan berhubung perkara tersebut.
@botakk.haa Ending nye dia kena tangkap part last#fypシ #lawakmalaysia #foryoupage #esekeli #fyp #gayboykantoi
Sehubungan dengan itu, pelbagai komen diterima di media sosial dengan mengecam tindakan lelaki berkenaan yang melakukan perbuatan tidak senonoh seperti itu.
Sumber: TikTok @botakk.haa



