Kantoi? Tular video Dewi rapat, sentuh rambut Jofliam

Kantoi? Tular video Dewi rapat, sentuh rambut Jofliam

Tular di media sosial video memaparkan pembantu peribadi, Dewi yang berdiri rapat dan sentuh rambut Jofliam untuk membetulkan rambut majikannya itu.

Menerusi satu hantaran di Threads, ailifhrn telah memuat naik satu tangkap layar video memaparkan hantaran dari sebuah akaun di Instagram berkenaan pertandingan Top 100 Pizza yang turut disertai pempengaruh media sosial dan usahawan Jofliam.

Dewi berdiri rapat dan sentuh rambut Jofliam

Pada video itu, kelihatan Jofliam sedang membelakangi individu yang mengambil rakaman tersebut manakala Dewi pula menghadap usahawan tersebut.

Namun, apa yang mengejutkan ramai adalah apabila Dewi atau nama sebenarnya Emira Delyati berdiri sangat rapat dengan Jofliam sambil membetulkan rambut majikannya itu dengan mesra.

sentuh rambut Jofliam

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam Jofliam dan Dewi susulan baru-baru ini usahawan itu menafikan berlaku curang dengan pembantu peribadinya.

Artikel lain: Abang buka mulut isu viral libatkan adik, Jofliam minta tak perlu sibuk buat penjelasan

Bini orang boleh sentuh2?

Kantoi macam tu je sentuh rambut Jofliam?

Beria update story sendiri, kantoi gitu je

Tak mungkin dah kahwin, kata bukan suami sesiapa

Dalam pada itu, ada juga warga maya yang meninggalkan komen membuat spekulasi bahawa Jofliam dan Dewi sebenarnya sudah berkahwin susulan kemesraan mereka di media sosial baru-baru ini.

Dia sengaja nak cakap single masa kat Paris

Dah kahwin kot, duduk satu rumah

Dah kahwin, Cik Epal benarkan je beli barang semua

Korang tak tahu, dorang dah kahwin

Sebelum ini, Jofliam telah mengeluarkan kenyataan yang mana usahawan itu menafikan dia telah berlaku curang terhadap isterinya yang juga merupakan pempengaruh media sosial iaitu Cik Epal.

Selain itu, Jofliam juga mendedahkan dia bukan lagi suami kepada Cik Epal dan perkahwinan dihancurkan oleh orang terdekatnya sendiri.

Sumber: Threads ailifhrn

Scroll to Top