Kapal layar mewah Rusia dapat ‘pas khas’ lalu Selat Hormuz

Kapal layar mewah Rusia dapat ‘pas khas’ lalu Selat Hormuz
Kapal layar mewah Rusia dapat ‘pas khas’ lalu Selat Hormuz

Kapal layar mewah, Nord itu bernilai lebih RM1.97 bilion.

MOSCOW – Sebuah kapal layar mewah yang dikaitkan dengan bilionair Rusia, Alexey Mordashov mendapat ‘pas khas’ untuk melalui Selat Hormuz pada Sabtu lalu, di tengah-tengah sekatan yang masih berkuat kuasa.

Menurut data perkapalan, MarineTraffic, kapal digelar Nord berukuran sepanjang 142 meter dan bernilai lebih AS$500 juta (RM1.97 bilion) itu meninggalkan marina Dubai pada Sabtu dan tiba di Muscat pada awal pagi Ahad.

Ia bagaimanapun tidak jelas bagaimana kapal mewah beberapa tingkat itu mendapat kebenaran memandangkan ratusan kapal dagang dilaporkan masih terkandas sejak penutupan Hormuz pada akhir Februari lalu.

Beberapa pihak mendakwa ‘keistimewaan’ itu mungkin diberikan memandangkan Moscow dan Teheran merupakan sekutu lama serta telah menjalinkan hubungan yang rapat termasuk melalui perjanjian 2025 yang mengukuhkan kerjasama risikan serta keselamatan.

Sehingga kini, hanya beberapa kapal komersial dibenarkan untuk menyeberangi laluan penting tersebut dan jumlah tersebut jauh lebih rendah berbanding purata 125 hingga 140 transit harian sebelum Perang Iran meletus. – Agensi

Scroll to Top