Kehadiran dua buah kapal perang Amerika Syarikat di Pulau Pinang baru-baru ini mula jadi bualan hangat dan mencetuskan pelbagai persoalan. Ramai pihak terutama pembangkang melihat situasi ini sebagai sesuatu yang perlu diperjelaskan oleh kerajaan.
Ohmedia tengok, isu ini bukan sekadar persinggahan biasa, tetapi lebih kepada persoalan prinsip dasar berkecuali Malaysia. Tambahan pula, ia melibatkan aset ketenteraan negara kuasa besar yang sedang terlibat dalam konflik global.
Kapal perang AS jadi tumpuan

Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Takiyuddin Hassan antara yang lantang bersuara mengenai perkara ini. Beliau mempersoalkan sama ada kehadiran kapal tersebut boleh menjejaskan imej Malaysia sebagai negara berkecuali.
Keadaan ini berpotensi menimbulkan persepsi yang bercanggah dengan pendirian berkecuali Malaysia, sekali gus menjejaskan keyakinan rakyat dan imej negara di peringkat antarabangsa.- Katanya.
Beliau turut mendesak kerajaan untuk memberi penjelasan yang telus tentang tujuan kapal tersebut berada di perairan Malaysia. Ini termasuk sama ada ia berkait dengan operasi ketenteraan di kawasan sensitif seperti Selat Hormuz.
Kerajaan jelaskan prosedur dipatuhi

Dalam masa sama, Menteri Pertahanan, Khaled Nordin menjelaskan bahawa kehadiran kapal tersebut sebenarnya mematuhi prosedur yang telah ditetapkan. Katanya, kapal tentera laut asing memang biasa membuat persinggahan di pelabuhan sebelum meneruskan perjalanan.
Perhentian ini membolehkan pengaturan logistik seperti pengisian semula. Mana-mana kapal tentera laut asing mesti mengemukakan permintaan melalui negaranya kepada Tentera Laut Diraja Malaysia, yang akan menghantarnya kepada Kementerian Luar Negeri untuk kelulusan.- Katanya.
Menurut laporan, kapal tersebut berlabuh di Terminal Kontena Butterworth Utara pada 14 Mac dan beredar dua hari selepas itu. Kehadiran mereka juga disahkan oleh Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang.
Seruan tolak kapal tentera asing

Selain itu, bekas Ahli Parlimen Batu, Tian Chua turut menyuarakan kebimbangan yang sama. Malah, beliau mencadangkan agar semua pelabuhan Malaysia menolak kemasukan kapal tentera asing dalam situasi global yang tegang ketika ini.
Dengan situasi semasa, apabila AS sedang menjalankan perang haram terhadap negara yang mesra Malaysia, kita mesti mengambil langkah berjaga-jaga untuk tidak memihak kepada tindakan haram mereka.- Katanya.
Beliau menegaskan bahawa Malaysia perlu konsisten dengan pendirian berkecuali dan tidak membenarkan mana-mana armada tentera menggunakan pelabuhan negara, tanpa mengira dari negara mana sekalipun.
Pssttt! Isu macam ni memang sensitif dan perlukan penjelasan jelas supaya tak timbul salah faham. Bagi Ohmedia, penting untuk kerajaan kekalkan ketelusan supaya rakyat terus yakin dengan pendirian negara. Korang pula rasa macam mana, patut benarkan atau tidak?
Kredit: malaysiakini
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




