Oh! Tidak
Kapal perang AS USS Tripoli dikesan menuju Selat Melaka, beri bayangan ketegangan Asia Barat makin serius.
Pergerakan sebuah kapal perang milik Amerika Syarikat kini jadi perhatian apabila ia dikesan menghampiri Selat Melaka. Difahamkan, kapal tersebut membawa ribuan anggota marin dan pelaut dalam satu misi ke Asia Barat.
Menurut data penjejakan maritim, kapal ini sedang bergerak merentasi laluan penting dunia itu. Walaupun begitu, pihak Amerika Syarikat masih berahsia mengenai destinasi sebenar dan tujuan operasi mereka.
Kapal perang canggih AS dalam misi

Kapal yang dimaksudkan ialah USS Tripoli yang berpangkalan di Sasebo, Jepun. Kapal ini bukan calang-calang kerana panjangnya hampir 260 meter dengan kapasiti sekitar 45,000 tan.
Menariknya, USS Tripoli pada asalnya direka sebagai kapal pengangkut pesawat kecil. Namun kini ia dilengkapi dengan pelbagai aset ketenteraan moden yang menjadikannya sangat berkuasa.

Kapal ini turut membawa jet pejuang halimunan F-35 serta pesawat MV-22 Osprey. Selain itu, ia juga mempunyai vesel pendaratan yang digunakan untuk memindahkan tentera ke darat dengan pantas.
Gabungan aset ini menunjukkan USS Tripoli mampu menjalankan operasi ketenteraan secara fleksibel sama ada di laut atau daratan.
Laluan strategik jadi perhatian dunia

Pergerakan kapal perang ini secara tidak langsung memberi gambaran bahawa konflik di Asia Barat kini semakin memberi kesan global. Selat Melaka pula menjadi antara laluan penting yang digunakan untuk pergerakan aset ketenteraan dan logistik.
Situasi ini membuatkan rantau Asia Tenggara juga tidak terlepas daripada tempias ketegangan geopolitik dunia.
Pssttt! Dalam dunia yang makin tegang ni, korang kena sentiasa peka dengan apa yang berlaku di sekeliling. Walaupun jauh dari kita, kesannya boleh sampai juga. Jadi, ambil tahu dan jangan mudah terpengaruh dengan spekulasi yang belum pasti.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




