Kapal perlu dapatkan kebenaran Iran untuk transit di Selat Hormuz

Kapal perlu dapatkan kebenaran Iran untuk transit di Selat Hormuz
Kapal perlu dapatkan kebenaran Iran untuk transit di Selat Hormuz

Semua lalu lintas maritim melintasi Selat Hormuz harus dilakukan dalam koordinasi dengan pihak berkuasa tentera laut Iran. Gambar hiasan

TEHRAN – Ketua Komander Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran, Laksamana Muda Alireza Tangsiri berkata, laluan mana-mana kapal menerusi Selat Hormuz memerlukan koordinasi penuh dengan pihak berkuasa maritim negara itu.

Menurut beliau dalam catatan di akaun X pada Selasa: “Kapal kontena SELEN diarah berundur selepas ia gagal mematuhi protokol undang-undang dan tidak mempunyai permit yang diperlukan untuk melalui Selat Hormuz,” lapor Agensi Berita Mehr.

Tangsiri berkata, semua lalu lintas maritim melintasi laluan air strategik itu kini mesti dilakukan dalam koordinasi dengan pihak berkuasa tentera laut Iran.

“Laluan mana-mana kapal melalui jalan air ini memerlukan koordinasi penuh dengan pihak berkuasa maritim Iran,” tambahnya. – Bernama

Ringkasan AI

  • Ketua Komander Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam Iran menyatakan semua laluan kapal menerusi Selat Hormuz memerlukan koordinasi dengan pihak berkuasa maritim Iran
  • Kapal kontena SELEN diarah berundur kerana gagal mematuhi protokol undang-undang dan tidak memiliki permit
  • Semua lalu lintas maritim melintasi Selat Hormuz harus dilakukan dalam koordinasi dengan pihak berkuasa tentera laut Iran
  • Laluan kapal melalui jalan air ini memerlukan koordinasi penuh dengan pihak berkuasa maritim Iran
  • Laksamana Muda Alireza Tangsiri menegaskan keperluan ini dalam catatan di akaun X
Scroll to Top