Kapsyen ‘Dengan Sepenuh Cinta, Your Husband’ Raih Tanda Tanya, Edika Yusof, Bekas Isteri Didakwa Dah Rujuk?

Kapsyen ‘Dengan Sepenuh Cinta, Your Husband’ Raih Tanda Tanya, Edika Yusof, Bekas Isteri Didakwa Dah Rujuk?

Pelakon, Edika Yusof meraih tumpuan ramai selepas meluahkan ucapan istimewa buat bekas isterinya, Nor Hidayah Yusri.

Menerusi platform Instagram (IG) miliknya, Edika atau nama lengkapnya, Muhammad Yusof Abdul Majid, 58, memuat naik foto Hidayah mengucapkan tahniah atas kejayaannya.

Di ruangan kapsyen, Edika bukan sahaja menggelarkan bekas isterinya sebagai degupan jantungnya, malah turut menyatakan rasa cinta istimewa daripada sosok ‘suami’.

Meninjau ke ruangan komen, perkongsian Edika itu telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen yang mendakwa mereka sudah kembali rujuk sebagai pasangan suami isteri.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang respons daripada kedua-kedua pihak berhubung dakwaan tersebut.

Mei lalu, Edika dan Hidayah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas lebih dua dekad berkahwin pada Januari 2004 dan dikurniakan sepasang cahaya mata.

Hidayah, 47, juga mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu.

Scroll to Top