KEDATANGAN Ramadan bukan sahaja membawa keberkatan, malah menyatukan masyarakat melalui tradisi berbuka puasa serta aktiviti kebajikan yang dianjurkan sepanjang bulan mulia ini.
Selain menjadi waktu beribadah, Ramadan juga sering menjadi ruang bagi pelbagai pihak menganjurkan program kebajikan dan aktiviti komuniti yang membantu golongan memerlukan.
Seiring semangat itu, jenama krim kelapa terkenal, Kara, tampil dengan inisiatif tersendiri bagi meraikan Ramadan bersama masyarakat menerusi kempen Kara Satukan Rasa.
Ia diinspirasikan daripada pelbagai momen yang mencorakkan sambutan Ramadan dan Aidilfitri rakyat Malaysia, daripada penyediaan juadah berbuka puasa hingga ke saat keraian Aidilfitri serta detik santai bersama keluarga dan sahabat handai.
Santuni penghuni Rumah Titian Kaseh
(Dari kiri) Wakil Rumah Titian Kaseh Fadilah Muhammad Shaari, Pengarah Kara Marketing Malaysia Susanto dan Ketua Editor UtusanTV Metra Syahril Mohamed menuangkan Santan Kara ke dalam periuk bubur lambuk sempena Majlis Agihan Bubur Lambuk Kara Satukan Rasa di Rumah Titian Kaseh, Titiwangsa.
Sebagai sebahagian daripada inisiatif itu, Kara Malaysia meluangkan masa bersama komuniti di Rumah Titian Kaseh menerusi program yang melibatkan 50 anak yatim serta 10 ibu tunggal.
Program berkenaan berlangsung sepanjang hari dengan pelbagai aktiviti yang menekankan nilai kebersamaan, bermula dengan penyediaan lebih 1500 pek bubur lambuk secara gotong-royong sebelum hidangan tradisi Ramadan itu diagihkan kepada masjid berdekatan, stesen pengangkutan awam dan penduduk setempat.
Pengarah Kara Marketing Malaysia, Susanto berkata, sejak sekian lama Kara menjadi sebahagian daripada gaya hidup keluarga di Malaysia, mengiringi pelbagai momen yang membentuk warisan kulinari tempatan.
“Rasa bukan sekadar merujuk kepada keenakan hidangan, tetapi turut melambangkan keakraban dan kepercayaan yang diwarisi dari satu generasi ke generasi seterusnya.
“Ramadan ini, menerusi inisiatif Kara Satukan Rasa, kami komited untuk terus mendekati keluarga di Malaysia serta menjadi sebahagian daripada momen bermakna yang dikongsi bersama,” katanya.
Menjelang malam, majlis diteruskan dengan acara santai yang dimeriahkan dengan persembahan daripada artis tempatan termasuk Iman Troye yang menyampaikan lagu raya berjudul Kara Satukan Rasa, selain kehadiran Izzue Islam dan Datin Alyah yang turut memeriahkan suasana bersama kanak-kanak dan ibu tunggal di Rumah Titian Kaseh.
Menurut Pengurus Jenama Kara, Shah Rizal, kempen Kara Satukan Rasa diperkenalkan bagi mencerminkan pelbagai cara rakyat Malaysia menikmati kemeriahan Ramadan dan Aidilfitri.
“Ia merangkumi momen penyediaan juadah sepanjang Ramadan, sambutan Aidilfitri, hinggalah ke detik santai bersama keluarga dan sahabat”
“Menerusi kempen ini, kami ingin meraikan peranan Kara sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian kita, sekali gus menghubungkan tradisi, rumah dan generasi dalam satu sambutan yang dikongsi bersama,” katanya.
Dalam masa sama, Kara turut menyalurkan sumbangan sebanyak RM3,000 selain menyediakan bekalan Krim Kelapa Kara selama tiga bulan bagi menyokong keperluan dapur Rumah Titian Kaseh.
Kara juga menyumbang kelengkapan alat tulis kepada kanak-kanak di rumah kebajikan berkenaan bagi membantu meringankan keperluan pendidikan mereka serta memberi galakan untuk terus bersemangat dalam pelajaran.
Inisiatif itu mencerminkan komitmen berterusan Kara dalam menyumbang kepada komuniti, khususnya dalam menyokong kesejahteraan dan masa depan kanak-kanak kurang berkemampuan.
Sumbangan tambahan turut diberikan oleh beberapa rakan kerjasama termasuk Akasa yang menyumbangkan bahan masakan untuk kegunaan dapur bagi membantu persiapan Aidilfitri penghuni rumah berkenaan.
Turut memeriahkan suasana, jenama makanan ringan Dua Kelinci berkongsi produk popular mereka, Deka dan TicTac yang dinikmati bersama para penghuni.
Sementara itu, Kara turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, dalam menyediakan bubur lambuk bagi menyemarakkan kedatangan Ramadan menerusi Program Rewang Ramadan.

Kara amat berbesar hati apabila baginda berkenan memilih Krim Kelapa Kara sebagai bahan utama dalam penyediaan bubur lambuk yang diagihkan di tujuh lokasi sepanjang bulan Ramadan ini.
Ia sekali gus membolehkan Kara untuk turut serta dalam usaha murni yang mengeratkan hubungan masyarakat melalui tradisi memasak dan berkongsi juadah.

Melalui detik kebersamaan yang dikongsi sepanjang program ini, Kara terus mendekati masyarakat serta menjadi sebahagian daripada tradisi yang mencorakkan Ramadan dan Aidilfitri.
Seiring kepercayaan bahawa ‘rasa’ bukan sahaja dinikmati, tetapi turut dirasai, kempen Kara Satukan Rasa mencerminkan peranan jenama itu dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia, apabila makanan menjadi penghubung kepada nilai keprihatinan, keakraban dan kebersamaan.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aktiviti sepanjang kempen, layari laman sosial rasmi Kara Malaysia di Facebook, Instagram atau TikTok.
© New Straits Times Press (M) Bhd




