Karier Sebagai Tanggungjawab, Nasir Bilal Khan Tak Kisah Soal Relevan Atau Tidak – “Itu Yang Saya Kena Jawab Dengan Allah Nanti”

Karier Sebagai Tanggungjawab, Nasir Bilal Khan Tak Kisah Soal Relevan Atau Tidak – “Itu Yang Saya Kena Jawab Dengan Allah Nanti”

Pelakon senior, Nasir Bilal Khan mengaku sudah semakin kurang beraksi dikaca televisyen.

Katanya ketika ditemui XTRA, sebagai seorang anak seni dia berhak memilih naskhah lakonannya dek kerana menganggap ia adalah tanggungjawab yang harus dipikul.

Malah, pemenang Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-11 ini tidak kisah jika dirinya dilabel sudah tidak relevan apatah lagi industri kini menerima lambakan pelakon baru.

“Soal relevan atau tak, saya takde fikir. Kita fikir tanggungjawab, itu saja.

“Kerana bagi saya setiap manusia itu ada peranan. Glamor ini semua biasa saja, tiada apa pun.

“Yang penting, tanggungjawab pada masyarakat.

“Apa yang saya nak tahu, tawaran yang diberi itu memberi manfaat atau tidak kepada masyarakat.

“Sebab itu apa yang saya nak jawab dengan Allah nanti,” ulasnya.

Dalam pada itu, pemilik nama penuh, Nasir Pilan Khan, 64, menekankan bahawa matlamat hidup setiap manusia adalah mati.

 

Mengulas lanjut mengenai perkembangan terkininya, teraju utama drama Penggali Kubur ini sedang giat mempelajari ilmu agama (susunan alam).

“Saya buat kerja yang saya namakan susunan alam.

“Maksudnya, menyusun alam ini sebab sekarang kita dah tersalah susun.

“Sepatutnya kita sebagai khalifah di muka bumi ini, tugas kita adalah untuk mengkaji alam,” katanya.

Scroll to Top