Awal Jun lalu, bekas penyerang sensasi Real Madrid itu mendedahkan faktor utama dia menyertai Al Ittihad di Liga Pro Saudi kerana Arab Saudi merupakan sebuah negara Islam.
Malah Benzema menafikan dia menyertai kelab itu kerana motivasi wang sebagai perkara utama dan sebaliknya dia ada misi peribadi untuk dirinya dari segi kerohanian.
Benzem yang menerima kontrak €200 juta semusim selama tiga tahun bersama Al ittihad memberitahu Arab Saudi adalah negara Islam dan sebagai seorang muslim, dia sentiasa memiliki impian tinggal di sini. – Agensi




