“Karma dulu mengata saya” -Respon Ifa Raziah isu Hattan tempelak pembaca berita

“Karma dulu mengata saya” -Respon Ifa Raziah isu Hattan tempelak pembaca berita

Penyanyi, Ifa Raziah menerusi siaran langsung di TikTok telah merespon isu yang sedang melanda selebriti senior, Datuk Hattan berhubung tindakannya menempelak pembaca berita ketika live.

Ifa yang pernah menjadi peserta dalam rancangan Terpaling Juara sempat berseloroh dengan menyifatkan apa yang terjadi kepada Hattan adalah karma diatas komennya sewaktu mengkritik penampilan penyanyi di program tersebut.

“Saya sebenarnya tak mahu ulas sangat isu pasal orang lain. Tapi saya anggap itu karma, dulu dia mengata saya macam-macam kan,” ujarnya berseloroh.

Menurut pemilik nama sebenar Saripah Raziah binti Mustapha itu, Hattan tidak seharusnya meletakkan kesilapan berkenaan di bahu pembaca berita kerana ada produser di sebalik program siaran langsung terbabit.

Walaupun tidak menafikan pengacara harus membuat kajian terlebih dahulu dalam mengendalikan program, namun dia yang pernah mengendali rancangan berbentuk hiburan selama 8 tahun mengakui yang pengacara juga tidak terlepas dari membuat kesilapan.

“Tidak boleh nak salahkan pembaca berita kerana soalan-soalan yang disediakan datangnya daripada produser. Semuanya akan dimaklumkan menerusi ear piece yang pembaca itu pakai di telinga mereka.
Saya cakap secara general memandangkan saya juga pernah menjadi pengacara untuk beberapa program selama lapan tahun.
Kadang-kadang sebagai manusia kita tidak lari daripada buat silap, terlepas pandang. Produser juga perlu melakukan research juga, jangan harapkan pengacara. Pengacara juga perlu alert dengan isu-isu semasa,” tuturnya.

Jelas Ifa lagi, kebiasaannya pihak yang akan ditemu bual akan dimaklumkan terlebih dahulu oleh team produksi dan alasan ‘tidak diberitahu’ sangatlah mustahil.

“Selalunya bila artis atau saya sendiri akan di interview, pihak produser akan maklumkan terlebih dahulu, akan inform lebih awal. Produser tidak akan telefon main sebarang-sebarang sahaja.
Produser akan tanya artis itu, sama ada sibuk atau tidak, free atau tidak sebab nak interview. Kalau artis tidak free waktu itu, mereka pasti tidak akan ganggu kita, dia akan cari artis lain,” kata Ifa lagi.

Bersangka baik mungkin ketika itu mood Hattan kurang baik ketika itu, Ifa Raziah sempat menitipkan pesan supaya penyanyi lagu Mahligai Syahdu berkenaan tidak bertindak sebegitu walaupun dengan pembaca berita baru sekalipun.

“Mungkin waktu itu Datuk Hattan sedang bad mood, sebab kita tidak tahu apa situasi di rumahanya masa itu. Mungkin baru bangun tidur, sebab orang bangun tidur kan tengah mamai, baru lepas makan ubat ke.
“Bagaimanapun, cara Datuk Hattan menjawab tidak boleh lah begitu, biarpun pembaca itu budak baru. Macam mana pun, keadaan Datuk Hattan mungkin juga sedang bersedih ketika itu.
“Walaupun berpangkat Datuk dan orang hebat dalam industri tidak boleh lah macam itu kan, sebab mesti dah dimaklumkan akan disiarkan secara live di tv, kalau rekod boleh edit.  Saya sebagai orang yang melihat insiden itu, ada salah pada kedua-dua pihak,” jelasnya.

Terdahulu, Datuk Hattan telah dikecam netizen kerana ‘menyekolahkan’ pembaca berita kerana gagal menjawab dengan tepat pencipta lagu-lagu kumpulan XPDC sewaktu siaran langsung.

Dia juga mematikan panggilan telefon secara serta merta selepas pembaca berita mengucapkan terima kasih diatas ucapan takziahnya kepada keluarga Allahyarham Mael, vokalis kumpulan XPDC.

Sumber: TikTok