Karolina bangkit julang Terbuka Qatar

Karolina bangkit julang Terbuka Qatar

Doha: Bekas finalis Terbuka Perancis, Karolina Muchova menamatkan kemarau trofi selama enam tahun apabila menewaskan pemain Kanada, Victoria Mboko 6-4, 7-5 untuk menjulang Terbuka Qatar sekali gus meraih gelaran WTA 1000 pertamanya.

Pemain Republik Czech itu bergelut dengan beberapa kecederaan dan terpaksa berehat selama 10 bulan susulan kecederaan pergelangan tangan pada 2023.

Dia tidak memenangi sebarang gelaran Jelajah WTA sejak Terbuka Korea pada September 2019.

Namun, Karolina, 29, mengurangkan kesilapan selain bijak menukar rentak permainan ketika menentang Victoria sebelum mengesahkan kemenangan dalam tempoh satu jam 34 minit.

“Sudah lama saya tidak memenangi kejohanan. Rasa gembira dapat menikmati semula perasaan kemenangan itu,” katanya.

Victoria, 19, dijangka menembusi kelompok 10 terbaik dunia buat kali pertama selepas menewaskan pilihan kelima, Mirra Andreeva dan pilihan kedua, Elena Rybakina dalam perjalanannya ke pentas final.

“Ia pengalaman luar biasa… keputusan ini bukan seperti yang saya harapkan, namun banyak perkara positif boleh diambil,” kata Victoria.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top