Kasih ibu, hari2 gigih bangun awal siapkan anak dalam kereta sebelum kerja

Kasih ibu, hari2 gigih bangun awal siapkan anak dalam kereta sebelum kerja

Setiap wanita bergelar ibu pasti menghadapi pelbagai cabaran dalam membesarkan anak-anak. Tambahan lagi apabila ada yang terpaksa berkejar masa untuk pergi kerja sambil menguruskan anak.

Begitulah seperti kisah seorang ibu bergelar jururawat ini yang tular di aplikasi TikTok di mana dia terpaksa mengejutkan anaknya lebih awal untuk menghantarnya ke sekolah sebelum bergerak ke tempat kerja setiap hari.

Menerusi video berkenaan, kelihatan wanita itu dan anaknya sudah memakai uniform lengkap di dalam kereta. Si ibu mengenakan pakaian jururawat manakala anaknya memakai baju sekolah.

Dalam pada itu, anaknya pula masih tidur kepenatan di atas pangkuan sementara si ibu menyiapkannya untuk pergi ke sekolah.

@uyunisa32

stp hari cmni laa. rushing nk kj..so akan siapkan ank dlm keta..anak pn terpaksa bgn awal.jarak umh ke tmpt kj +-30km.semoga urusan kita dipermudahkan

♬ original sound – ᴀʟᴀɴ ʟᴜʙɪᴤ – ᴀʟᴀɴ ʟᴜʙɪᴤ

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut merasai cabaran seperti wanita berkenaan. Selain itu, ramai yang kagum melihat kegigihan seorang wanita bernama ibu.

Tak dinafikan lagi, insan bergelar ibu bapa rela berkorban masa dan tenaga demi mencari sesuap rezeki untuk kesenangan seisi keluarga.

Justeru itu, sebagai seorang anak kita dituntut untuk berbuat baik serta menghormati mereka sentiasa.

Sumber: TikTok @uyunisa32

Scroll to Top