Kasih Iris Leona Mengadu Kereta Tersadai Tepi Jalan, Azhar Sulaiman Respons – “Gila Ke? Satu Subang Jaya Tak Ada Tayar Ni”

Kasih Iris Leona Mengadu Kereta Tersadai Tepi Jalan, Azhar Sulaiman Respons – “Gila Ke? Satu Subang Jaya Tak Ada Tayar Ni”

Pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona memaklumkan, tayar kereta miliknya pecah sekitar jam lima pagi sebelum bertindak meninggalkan kereta miliknyaitu ditepi jalan.

Menurut Leona, ayahnya yang juga pelakon Azhar Sulaiman telahpun berusaha mencari tayar gantian untuk kereta miliknya namun, tayar yang digunakan telahpun habis terjual.

“Tayar saya pecah at 5 am dan saya tinggalkan dekat tepi jalan.

“Ayah saya sekarang tengah cari tayar gantian sejak beberap jam yang lalu tetapi nampaknya tayar yang saya guna out of stock,” kongsinya menerusi hantaran di Threads.

Bagaimanapun, menerusi hantaran di laman Facebook, Azhar menyeru anaknya itu untuk tidak lagi memakai tayar tersebut sekali gus menyifatkan perkara itu sebagai dugaan untuknya dan isteri.

“Mekna please stop beli tayar brand GoodYear. Satu Subang Jaya tiada tayar Good Year 235/50/R19? Gila ke?

“Behar dengan Maling (panggilan untuk isteri) dah tunggu tepi Jalan USJ sejak pukul 10 pagi untuk mekanik datang balik ddengan tayar. Dugaan sungguh harini,”  katanya.

 

Scroll to Top