“Kasihan mak, ayah stress mengemas” – Alha Alfa pesan kemas rumah sebelum tinggalkan kampung

“Kasihan mak, ayah stress mengemas” – Alha Alfa pesan kemas rumah sebelum tinggalkan kampung

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Alha Alfa atau nama sebenarnya, Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil berkongsi pesanan penting kepada orang ramai agar menjaga adab dan tanggungjawab sebelum meninggalkan rumah ibu bapa semasa musim perayaan.

Kemas rumah sebelum balik

Menerusi perkongsian di Threads, Alha Alfa menekankan kepentingan membersihkan semula rumah, dan memastikan dapur serta barang keperluan seperti beras, gula, susu, dan telur diisi semula sebelum pulang ke rumah masing-masing.

“Nak pesan skit kat diri sendiri dan netizen. Setelah raya selesai dan sebelum balik rumah masing-masing dari kampung, tolong kemas-kemas balik rumah mak-mak, rumah nenek, atau tempat yang ditumpangi.
“Yang ada anak kecil buang pampers dah dipakai, sampah dibuang, dapur topup balik beras, gula, susu, telur semua… kasihan mak, ayah, nenek semua,” ciapannya, semalam.

Tambah Alha, walaupun ibu bapa gembira menyambut kepulangan anak-anak, mereka akan berasa penat dan tertekan jika perlu mengemas semula selepas semuanya sudah pulang.

Pesanannya itu bukan sahaja bertujuan mengingatkan anak-anak tentang adab kunjung-mengunjung, tetapi juga sebagai pengajaran kepada dirinya sendiri untuk sentiasa bertanggungjawab.

“Daripada mereka gembira, pastu stress nak mengemas dan barang dapur habis. Drive elok-elok, sayang semua,” tulisnya lagi.

Artikel lain: Kongsi rezeki Syawal, Alha Alfa serah RM60,0000 kepada Nadir Al-Nuri buat CGM

Terdahulu, Alha telah berkongsi rezeki sempena Syawal kepada saudara-saudara kita di Palestin apabila menyampaikan sumbangan melalui Pertubuhan Cinta Gaza Malaysia.

Untuk info Alha telah menyerahkan replika Cek bernilai RM60,000 kepada Tuan Nadir Al-Nuri buat CGM untuk kegunaan rakyat di sana membuat persediaan pakaian raya di Aidilfitri.

Sumber: Threads alhalfa

Scroll to Top