“Kasut tu ini, Sepahtu tu kita” -Ramai sebak lihat Shuib di Sepahtu Reunion Live

Peminat program Sepahtu Reunion Live 2021 malam tadi pasti bergenang air mata apabila menyaksikan kehadiran salah seorang ahli kumpulan lawak Sepahtu, Shuib Sepahtu hadir sebagai cameo dalam episod malam tadi.

Kehadirannya yang tidak diketahui oleh anggota kumpulan Sepahtu yang lain terutamanya Jep telah membuatkan masing-masing tergamam dan para penonton yang hadir ke studio bangun memberikan tepukan.

Menerusi cuplikan video yang dimuat naik oleh Instagram Zon Lawak, kebanyakkan peminat mengakui rindu dengan kehadiran Shuib setelah mengambil keputusan untuk berehat sebentar dan menumpukan kepada perniagaannya.

Dalam cuplikan video yang dimuat naik kembali oleh peminat di aplikasi TikTok, dapat dilihat dengan jelas wajah tidak percaya Jep, Rahim dan Ilya apabila melihat Shuib memasuki ruangan berkenaan.

Apa yang mengharukan, dia telah membawa sebelah kasut sebagai sembolik penyatuan sepasang sepatu.

@eddy_bahar2

#sepahtureunionlive2021 #sepahtureunion #sepahtureunionlive #lawak #shuib #shuibsepahtu #cameo #fypシ #fypviralシ #sepah #foryoupage

♬ bunyi asal – Eddy Bahar – Eddy Bahar

Menerusi Instagram Jep dan juga Shuib, masing-masing turut memuat naik momen pertemuan di atas pentas itu dengan meninggalkan kapsyen yang menyentuh hati semua tentang persahabatan mereka.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata peminat yang menonton Sepahtu Reunion Live 2021 malam tadi akui berasa sebak dan terharu melihat mereka sama-sama berada diatas pentas semula.

Mereka juga berasa kagum dengan persahabatan kumpulan ini yang saling menyokong antara satu sama lain.

 

 

Sumber: Instagram zonlawak, jepsepahtu, shuibsepahtu