“Kata Muslimah..” – Disolek MUA Lelaki, Netizen Tegur Amira Othman

“Kata Muslimah..” – Disolek MUA Lelaki, Netizen Tegur Amira Othman

Baru-baru ini, perkongsian seorang jurusolek yang memuat naik hasil kerjanya menatarias penyanyi Amira Othman untuk jemputan sebuah majlis menjadi perhatian.

Rata-rata netizen memuji kecantikan bakal pengantin baru itu yang dilihat berseri-seri meskipun hanya mengenakan solekan simple sahaja.

BACA: Detik Perkenalan Fattah, Amira Bermula Di Konsert Siti Nurhaliza

“Makeup Amira untuk event Chagee. Amira nak mintak makeup simple je. Nampak berseri betul muka bakal pengantin, sumpah tak makeup pun cantik,” tulis jurumekap berkenaan.

Bagaimanapun, ada yang kurang senang apabila mempersoalkan mengenai batas agama apabila membenarkan lelaki menyentuh wajah seorang wanita.

Perkongsian individu itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen lain dimana ada yang merujuk majlis fatwa berkenaan hukum seorang lelaki menyiapkan wanita yang bukan mahram.

Meskipun ada yang mengecam, namun ada yang mempertahankan bahawa jurusolek atau MUA berkenaan menggunakan glove bagi mengelakkan berlakunya sentuhan.

Namun, ada yang kurang senang penyanyi itu menggunakan khidmat jurusolek lelaki yang dikatakan tidak sesuai dengan imejnya yang sering diperkatakan oleh netizen wanita muslimah.


Scroll to Top