Malam penuh emosi menyaksikan kumpulan Sarkas dinobatkan sebagai juara Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4)!
Dengan gandingan mantap Danial Zaini, Acap S, dan Shashic, kumpulan ini berjaya mencuri hati penonton dengan persembahan yang bukan sahaja mencuit hati, tetapi turut menyentuh jiwa.
Shuib jadi tetamu, Mamat menangis
Malam itu bertambah gemilang apabila pelawak terkenal, Shuib, turut diundang sebagai artis jemputan. Penampilan Shuib ternyata memberikan impak besar, sekaligus menambahkan aura istimewa dalam persembahan akhir kumpulan Sarkas.
Di Instagram, Shuib tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada Sarkas atas kemenangan mereka. Dalam kapsyennya, Shuib juga mengusik rakannya, Mamat, yang dilihat tidak dapat menahan sebak mendengar lagu Istilah Bercinta nyanyian asal Ramli Sarip.
Peminat harap Sepah buat comeback!
Difahamkan, lagu tersebut pernah dibawakan kumpulan Sepah ketika bertanding di pentas Raja Lawak dulu.
Bukan Mamat je yang menangis, netizen juga tak tahan sebak melihat persembahan kumpulan Sarkas bersama Shuib.
Mereka meluahkan rasa rindu dengan kumpulan Sepah yang pernah menghiburkan mereka suatu ketika dahulu.
Netizen berharap kumpulan ini dapat bersatu semula dan melupakan sengketa lama di antara mereka bertiga.




