“Kau Bukan Sekadar Isteri’ – Genap 5 Tahun Kahwin, Suami Titip Ucapan Buat Mira Filzah 

“Kau Bukan Sekadar Isteri’ – Genap 5 Tahun Kahwin, Suami Titip Ucapan Buat Mira Filzah 

Perkongsian suami kepada pelakon Mira Filzah iaitu Wan Emir Astar menjadi perhatian apabila menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima.

Menerusi hantaran itu, Emir berkata kehadiran Mira dalam hidupnya adalah satu anugerah Tuhan yang tidak ternilai serta menyifatkan aktres itu seorang isteri yang solehah.

BACA: Mira Filzah Berhabis RM8,000 Sebulan, Belanja Makanan Di Set Penggambaran

“Lima tahun penuh tawa, doa, dan cerita dari detik pertama kau hadir di jiwa, ke saat dilafazkan akad untuk menjagamu, hingga ke hari ini, setiap hela nafas perjalanan kita adalah anugerah yang tak ternilai.

“Nur Amirah, kau bukan sekadar isteri. Kau adalah sahabatku yang paling setia, peneman dalam setiap langkah, dan redha dan takdir-Nya menjadikan kita saling melengkapi.

“Bersamamu, belajar dan mengenal makna syukur, mengamati erti pengorbanan. Dalam setiap senyummu, ku temui ketenangan. Dalam setiap tangismu, ku temui bahgia dan kekuatan,” katanya.

Sementara itu, Emir berkata perjalanan mereka dalam rumah tangga baru bermula serta mendoakan impian serta doa mereka akan dimakbulkan dan kasih sayang mereka akan terus dipelihara.

“Selamat ulang tahun perkahwinan yang kelima, Nur Amirah Filzah — kekasihku di dunia, permaisuri bidadariku di akhirat,” tulisnya.

Mira dan Emir berkahwin pada 3 September 2020. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Wan Khair Amir kini berusia tiga tahun.


Scroll to Top