Pelakon popular, Fattah Amin tampil memeprtahankan dirinya susulan isu tular mengaitkan dirinya baru-baru ini.
Kata Fattah menerusi perkongsian video tular, kenyataan yang bukan keluar daripada mulutnya sendiri tidak wajar dijadikan sebagai fakta kerana ia akan mengundang fitnah.
“Kalau keluar bukan dari mulut saya tu, maksudnya itu adalah daripada mulut orang lain. Dan kalau benda tu tak betul. Kau menjawab lah nanti dekat akhirat.
“Zaman sekarang ni memang mudah nak memfitnah. Kau orang boleh cakap apa sahaja tapi Allah maha melihat,” katanya.
Dalam masa sama, Fattah menegaskan dia yakin dengan setiap tindakan yang dilakukan kerana percaya ia adalah perkara yang betul dan mempunyai sebab.
“Apa yang saya buat adalah perkara yang betul. Dan kalau benda tu saya tak buat, dan orang yang create fitnah, itu antara dia dengan Allah.
“Dan saya tahu dan yakin apa yang saya buat ni adalah perkara betul dan bersebab,” jelasnya.
Artikel Berkaitan:“Keutamaan Saya Hanyalah Kegembiraan, Keselamatan & Kesejahteraan Fatima”- Fazura Berlapang Dada, Terima Permohonan Maaf Individu Kongsi Video Tular
Artikel Berkaitan:Isu Hak Lawatan Fatima, Mahkamah Tolak Permohonan Fattah Amin – “Tak Ada Sebab Kenakan Tindakan Pada Fazura”
Artikel Berkaitan:“Buat Masa Sekarang Belum Masanya Lagi, Harap Bersabarlah” – Fattah Amin Tampil Respons Dakwaan Amira Othman Berbadan Dua




