“Kau nak jual tudung ke melancap?”- Iklan ‘softporn’ Aliff Syukri dicemuh

“Kau nak jual tudung ke melancap?”- Iklan ‘softporn’ Aliff Syukri dicemuh

Perkongsian terbaharu, usahawan kontroversi Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi menerima kecaman ramai apabila ia diatakan keterlaluan dan menjatuhkan maruah.

Mana tidaknya, video yang dimuat naik oleh usahawan berusia 35 tahun itu dilihat seolah-olah sedang beronani di bawah selimut dan isterinya Datin Shahida turut berada bersebelahan dengannya di atas katil.

Apa lebih mengecewakan apabila video tersebut adalah bertujuan untuk mempromosikan tudung muslimah namun ‘marketing’ yang diketengahkan oleh usahawan tersebut adalah tidak bersesuaian. Bukan itu sahaja, bahkan anak perempuannya iaitu Qadejah El Zahra juga memperagakan tudung dalam video tersebut.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana mereka meluahkan kekesalan dengan tindakan Aliff yang ternyata masih tidak insaf menggunakan taktik murahan bagi menarik perhatian ramai.

Selain dikritik oleh warganet, ibu kepada usahawan tersebut iaitu Rozita Ibrahim turut meluahkan rasa terkejut dan membidas iklan berkenaan sehingga melabelkan ia sebagai ‘bongok’ kerana tidak memikirkan kesan negatif setelah dipertontonkan.

Terdahulu, usahawan kontroversi itu memberitahu dirinya sudah bertaubat daripada melakukan konten murahan sehingga menimbulkan kemarahan ramai. Jelas Aliff, dia mengakui berasa malu dengan anak-anak yang semakin membesar dan berazam menjadi lebih matang.

Seperti yang dikatakan oleh bekas pengacara Motif Viral, pempengaruh media sosial kebanyakannya sengaja memuat naik video kontroversi walaupun tahu perbuatan itu akan mengundang kecaman ramai. Namun disebabkan mahu mendapatkan perhatian atau melariskan sesuatu, etika menggunakan media sosial diketepi bagi memastikan ‘keuntungan’ tercapai

“Saya kena sedar diri yang saya akan tua. Tak lama lagi dah nak masuk 40 tahun, rambut pun dah beruban. Sekarang bukan nak ‘gelenya-gelenya’ (gedik) lagi. Saya tak nak dah. Nanti orang kata orang tua tak sedar diri.”katanya awal tahun lalu.

Sekadar info, Aliff dan Shahida mendirikan rumah tangga pada tahun 2007 serta dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahr, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudhah Arsyiah.

Sumber: Instagram @aliffsyukriterlajaklaris