“Kau Tak Handsome…” – Taufiq Hanafi Buat Pendedahan

“Kau Tak Handsome…” – Taufiq Hanafi Buat Pendedahan

Oh! Artis

Taufiq Hanafi dedah pernah direjek pengarah kerana rupa dan follower kurang.


Pelakon, Taufiq Hanafi, sekali lagi menjadi perhatian selepas perkongsiannya di TikTok membuka mata ramai tentang realiti pahit industri hiburan tempatan.

Dalam video pendek itu, Taufiq meluahkan betapa sukarnya untuk dikenali jika tidak memenuhi ‘standard’ rupa yang sering diagungkan.

Dalam TV nampak cantik kan, percaya lah bukan mudah. Lagi-lagi kau tak handsome, tak de follower. Ini je cara nak tunjukkan kau berbeza dari yang lain.- Tulisnya.

Taufiq Hanafi akui kerap direjek sebab tiada rupa dan follower kurang…

Dalam temubual eksklusif bersama Oh! Media, Taufiq mendedahkan dia pernah dua kali ditegur pengarah yang mempersoalkan kemampuannya hanya kerana rupa paras dan bilangan pengikut media sosialnya.

Saya pernah kena dua kali dengan director cakap ‘Kau tak ada rupa, followers tak ramai, macam mana nak fight dengan orang lain dekat luar?’.- Katanya jujur.

Tambahnya, persaingan dalam industri semakin mencabar dengan kewujudan kronisme dan favoritisme. Namun, dia memilih untuk terus bertahan kerana yakin bakat akhirnya akan menang berbanding rupa.

Nama pernah dipotong tanpa sebab kukuh…

Lebih menyedihkan, Taufiq mengakui namanya pernah dipotong oleh syarikat TV tanpa sebarang alasan yang jelas. Walaupun kecewa, semangatnya tidak pernah luntur.

Aku sedar, rupa Jawa macam aku ni susah nak lawan dengan trend sekarang, tapi apa yang orang-orang macam aku boleh buat adalah tunjukkan bakat dan buat semua benda yang mungkin orang lain tak boleh. Contohnya, aku buat sendiri stunt yang bahaya untuk berikan sepenuhnya.- Jelasnya.

Dengan dedikasi dan keberanian itu, Taufiq berharap suatu hari nanti industri akan lebih menghargai kebolehan dan usaha keras berbanding sekadar wajah kacak atau populariti di media sosial.

Pssttt! Oh! Media rasa kisah Taufiq ni patut jadi pengajaran buat korang yang tengah kejar impian. Bakat, kerja keras, dan keberanian untuk buat perkara yang orang lain tak berani akan sentiasa ada nilainya. Jangan cepat putus asa walaupun orang memandang rendah – biar masa dan usaha buktikan segalanya.

Kredit:
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top