Tular satu perkongsian di media sosial apabila usahawan dikenali sebagai Abang Tesla meluahkan rasa kecewa terhadap seorang individu yang didakwa sebagai bapanya.
Semuanya bermula selepas seorang pengguna tampil meninggalkan komen di ruangan video Abang Tesla.
“Cakap dia utohhh” – Abang Tesla berang
Individu itu menulis bapa kepada Abang Tesla mengirimkan salam dan mendakwa kedai telefon itu miliknya sebelum diambil alih anak.

Namun, reaksi balas daripada Abang Tesla mengejutkan ramai. Dakwanya, bapanya telah meninggalkan dia dan ibunya sejak dia berusia lima tahun.
Jadi dia tidak dapat menerima jika secara tiba-tiba bapanya muncul dan ‘claim’ perkara tidak sepatutnya.
“Dari kecik aku tunggu kau balik”
Tidak berhenti di situ, Abang Tesla atau nama sebenarnya Khal Iltizam turut mendedahkan dari kecil dia menunggu bapa pulang ke rumah.
Namun, bapanya dikatakan tidak pernah pulang atau pun menjenguknya.

Dalam luahannya itu, dia menegaskan tidak pernah menganggap individu tersebut sebagai bapa kerana tiada sebarang tanggungjawab yang ditunaikan sepanjang hayatnya.
Malah, dia turut kesal kerana si ayah hanya muncul semula untuk menuntut apa yang tidak pernah dibinanya.
Pssttt! Tiada yang lebih menyakitkan daripada ditinggalkan oleh insan yang sepatutnya melindungi. Bila usaha keras selama ini cuba ‘dituntut’ tanpa hak, siapa yang tak marah? Semoga Abang Tesla terus kuat dan jadikan kisah ini pengajaran buat semua – kepercayaan dan kasih sayang tidak boleh dituntut semula bila ia sudah lama dikhianati.
Kredit: Instagram Abang Tesla
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




