Oh! Artis
Amira Othman bakal bernikah dengan Fattah Amin, rakan baiknya Yuti curi tumpuan bila ajar cara cium tangan suami.
Kadang-kadang, bila kawan rapat yang nak kahwin, macam-macam gelagat spontan boleh jadi tontonan umum. Itulah yang berlaku kepada rakan baik Amira Othman, Mohd Sayuti atau lebih dikenali sebagai Yuti, bila videonya bersama Fattah Amin tular di TikTok baru-baru ini.
Dalam video tersebut, Yuti dilihat mencium tangan bakal suami Amira iaitu Fattah Amin. Katanya, dia hanya tunjuk contoh salam yang betul untuk majlis akad nikah pasangan itu pada 14 September ini.
Tengah ajar Kak Long macam mana salam yang sebenar untuk 14 September ini.- Jelas Yuti bersahaja.
Menariknya, Fattah kelihatan ‘redha’ sahaja bila tangannya dicium Yuti, malah Amira sendiri yang bakal bergelar isteri sempat merakam momen lucu itu.
Gelagat kawan ajar Amira Othman jadi bahan usikan netizen…

Di ruangan komen, ramai netizen yang terhibur dengan gelagat mereka bertiga. Ada yang berseloroh kata Yuti sengaja nak ambil kesempatan, maklumlah Fattah ni masih duda idaman ramai.
Namun ada juga yang lebih tertarik pada sikap Amira sendiri. Walaupun majlis pernikahannya semakin hampir, dia tetap tenang, sopan, dan tidak berlebihan, membuatkan ramai memuji sikap matang penyanyi itu.
Sebelum ini, ramai peminat tertanya-tanya mengenai status hubungan Fattah dan Amira. Semua persoalan akhirnya terjawab bila pasangan itu umum mereka akan bernikah Ahad ini.
Pssttt! Kadang-kadang, perkara kecil macam gelagat kawan baik pun boleh jadi hiburan buat ramai orang. Apa yang penting, jangan lupa setiap majlis bahagia kena diraikan dengan adab dan rasa hormat. Ohmedia doakan semoga pernikahan Fattah dan Amira ini dipermudahkan, dan korang yang membaca pun dapat ambil contoh untuk tenang serta berhemah bila tiba hari bahagia nanti.
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




