Persahabatan yang akrab biasanya akan membuatkan kita terkesan andai salah seorang daripada kita terpaksa berpisah buat sementara waktu atas pelbagai urusan.
Hal ini biasanya berlaku selepas masing-masing mulai menyambung pelajaran ataupun tuntutan kerjaya yang perlu berpisah dalam tempoh waktu yang lama.
Hal ini samalah dirasai oleh pengguna TikTok yang dikenali sebagai @abxrhsn apabila memuat naik momen dimana rakan mereka yang perlu melaporkan diri ke Pusat Latihan Polis (PULAPOL) dalam tempoh enam bulan untuk mengejar cita-citanya.
@abxrhsn Dunia skrg, kawan mmg ramai tp yg betul2 ada dgn kita bila diperlukan tu susah nk cari ☺️ #seribukemanisan #pulapolkl #fyp #simpansini
Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah rakan-rakan yang lain turut serta menghantar pemuda tersebut dan masing-masing juga tidak dapat mengawal sebak apabila perlu berpisah buat sementara.
Menurut pengguna TikTok, mereka semua begitu akrab dan kerap lepak bersama terutamanya ketika masing-masing mendapat cuti.
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet turut menzahirkan rasa sebak apabila melihat semangat persahabatan mereka yang begitu kuat lebih-lebih lagi apabila sudah dewasa.
Mereka juga berharap ikatan pertemanan mereka akan kekal sehingga akhir hayat kerana memang sukar mencari rakan sejati yang sanggup menangis bersama-sama kita.
Sumber: TikTok @abxrhsn