Kawasan perumahan di Sepang dilanda ribut

bhnews@bh.com.my

SEPANG: Sebanyak 17 rumah di Taman Seroja Bandar Baru, Salak Tinggi dan beberapa kawasan perumahan di sini rosak, selepas dilanda ribut kira-kira 5 petang semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan (ADUN) Dengkil, Adhif Syan Abdullah, berkata sebahagian binaan di Sekolah Kebangsaan (SK) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Taman Dahlia dan Apartment Casa Dahlia turut mengalami kerosakan.

Katanya, hujan lebat bersama ribut itu turut merosakkan khemah di sekatan jalan raya Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang.

“Jumlah rumah yang rosak belum dapat disahkan lagi dan pengerusi penduduk akan mengadakan perjumpaan bersama mangsa untuk urusan dokumentasi, bagi penyaluran bantuan bencana oleh agensi kerajaan,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata polis dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sepang sudah mengadakan pembersihan khemah yang rosak.

“Operasi pembersihan itu membabitkan mengalih khemah yang rosak dan menghalang laluan,” katanya.

Ā© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top