KBS ambil tindakan tegas isu projek 'gajah putih'

KBS ambil tindakan tegas isu projek 'gajah putih'

ferzalfie@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memaklumkan projek Pembinaan dan Penyiapan Kompleks Sukan Mini serta kerja berkaitan di Bemban, Jasin, Melaka gagal disiapkan dalam tempoh ditetapkan selepas kontraktor asal tidak melaksanakan tanggungjawab dengan sewajarnya.

Menurut KBS melalui satu kenyataan hari ini, projek yang bermula pada 12 April 2021 itu sepatutnya siap pada 29 April 2024 dan merangkumi pembinaan pejabat, auditorium, dewan serbaguna, gelanggang sukan, asrama serta kafetaria bagi kegunaan masyarakat setempat.

“Bagaimanapun, KBS mengambil tindakan tegas demi kepentingan awam apabila kontraktor didapati gagal menunjukkan komitmen dan meninggalkan tapak projek,” jelas kenyataan berkenaan.

Susulan itu, Notis Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor dikeluarkan pada 10 September 2024 selepas kontraktor berkenaan gagal mematuhi syarat kontrak yang ditetapkan.

Tambah KBS, projek terbabit dijangka ditender semula selewat-lewatnya pada awal Januari 2026 bagi memastikan pembinaan kemudahan sukan berkenaan dapat diteruskan dan disiapkan seperti dirancang.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top