KBS lantik 11 Ahli Lembaga Pemegang Amanah Impact baharu

KBS lantik 11 Ahli Lembaga Pemegang Amanah Impact baharu

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh

SHAH ALAM – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada Jumaat mengumumkan pelantikan seramai 11 orang Ahli Lembaga Pemegang Amanah Impact Integrated (Impact) yang baharu.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, individu yang dilantik telah melalui proses pemilihan teliti dan dipilih berdasarkan pengalaman luas serta kepakaran mereka dalam sektor masing-masing.

Menurutnya, mereka diyakini mampu mencetuskan impak positif kepada pembangunan Impact sebagai agensi pemangkin strategik di bawah KBS.

“Penambahan seramai 11 orang ahli baharu menjadikan jumlah anggota keseluruhan Lembaga Pemegang Amanah Impact Integrated sebanyak 13 orang.

Scroll to Top