KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan menyiasat penganjuran program ‘Foodie Futbol Fest 2024’ ekoran turut mendapat tajaan daripada sebuah syarikat yang menjual rokok elektronik (vape).
Timbalan Menterinya, Adam Adli Abdul Halim berkata, kementerian itu mempunyai dasar jelas yang tidak membenarkan mana-mana program belia melibatkan produk rokok atau vape.
“KBS ada dasar jelas untuk tidak benarkan sebarang acara melibatkan produk rokok atau rokok elektronik (vape).
“Perkara ini sedang disiasat,” katanya menerusi hantaran di aplikasi X pada Ahad.



