KBS tidak halang Azizulhasni terus berlatih di Australia

KBS tidak halang Azizulhasni terus berlatih di Australia

Hannah ketika berucap di Forum Sukan Wanita di Yayasan Sime Darby di sini hari ini. Foto Bernama

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) tidak menghalang keputusan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang sama ada untuk terus berlatih di Australia atau pulang ke tanah air.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, pihaknya akan menyerahkan segala keputusan itu kepada jurulatih dan doktor perubatan Mohd Azizulhasni demi kebaikan bekas juara dunia keirin 2017 itu.

“KBS tidak pernah ada halangan untuk atlet berlatih di mana, jurulatih kata itu yang terbaik untuk Azizulhasni dan kita fleksibel. Ini tempoh kritikal dalam beberapa bulan (sebelum Sukan Olimpik Paris 2024).

“Saya juga tidak pernah bimbang dengan (prestasi) Azizulhasni kerana dia sendiri mempunyai semangat juang yang tinggi untuk dapatkan emas,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Forum Sukan Wanita di Yayasan Sime Darby di sini hari ini.