KDA FC belasah Kelantan FC 6-1

KDA FC belasah Kelantan FC 6-1

KELANTAN FC terus dirundung malang apabila dibelasah 1-5 oleh Kedah Darul Aman (KDA) FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, pada Ahad.

KELANTAN FC terus dirundung malang apabila dibelasah 1-6 oleh Kedah Darul Aman (KDA) FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu di sini pada Ahad.

Pada perlawanan itu, pelawat terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit keenam menerusi sepakan penalti disempurnakan oleh Ifedayo Olusegun selepas bola terkena tangan pertahanan Kelantan FC, Rakesh Munusamy.

Selepas itu kedua-dua pasukan mempamerkan aksi perlahan disebabkan oleh permukaan padang basah akibat hujan, bagaimanapun minit ke-20 KDA FC hampir menambah jaringan kedua namun dibatalkan oleh pengadil akibat offside.

Kelantan FC terus dirundung malang pada minit ke-26 apabila Kedah sekali lagi diberikan sepakan penalti dan Ifedayo tenang menambah jaringan kedua pasukan sekali gus melengkapkan gol kedua peribadinya.

Scroll to Top